PUSAKA/FARAID

Definisi harta pusaka :

Segala apa yang menjadi kepunyaan si mati semasa hayatnya, kemudian ditinggalkan kepada ahli warisnya yang sah sama ada harta tak alih ataupun harta alih dan apa-apa yang termasuk dalam miliknya setelah kematiannya.

Islam telah menetapkan satu garis panduan mengenai kaedah pembahagian harta pusaka yang dikenali sebagai faraid. Pusaka seseorang individu wujud apabila individu tersebut meninggal dunia dan meninggalkan waris-waris yang berhak menerima pembahagian menurut hukum syarak. Proses ini selalunya mengambil tempat setelah selesai pengurusan jenazah si mati, perlunasan hutang-hutang (termasuk hutang kepada Allah seperti zakat, haji, fidyah dan kafarah serta hutang kepada manusia) dan perlaksanaan wasiat (sekiranya ada).

PERKARA UMUM MENGENAI HARTA PUSAKA

Antara harta yang boleh dipusakakan

Bukan harta pusaka

  1. Semua harta si mati yang diperoleh semasa hidupnya secara halal tidak kira berupa harta alih mahupun harta tak alih.
  2. Hutang kepada si mati yang penghutangnya membayar selepas kematian si mati.
  3. Dividen ataupun faedah yang muncul daripada harta si mati.
  4. Simpanan KWSP (ada penama mahupun tiada penama).
  5. Harta yang baru diketahui ahli waris kepunyaan si mati selepas kematiannya.
  1. Harta yang telah dijual, diwakaf, dihibah atau dipegang amanah semasa hayat si mati.
  2. Khairat kematian.
  3. Pemberian orang yang datang menziarahi arwah sewaktu/selepas kematian si mati.
  4. Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 199 (PERKESO).
  5. Pencen terbitan.

Perkhidmatan yang Kami Tawarkan:

Kami membantu anda uruskan hal berkaitan pusaka dengan adil dan saksama mengikut garis panduan yang ditetapkan Islam. Perlukan perkhidmatan kami, sila isi ruangan yang disediakan di bawah